Massive Production in Borneo T-Shirt

Assalamualaikum wbt

I may not always writes about my lovely company, but when I do… I hope it will not go viral. Haha. Okay joking. 
Bekerja dalam sebuah organisasi ibarat mengambil tempahan untuk menghasilkan bahan akhir dengan kuantiti yang banyak. Pada awalnya, diri dipenuhi kegembiraan, yalah duit pun masyuk Alhamdulillah. Tetapi, ya tetapi.. mengendalikan massive production pasti akan ada cabarannya yang tersendiri.

Boleh jadi cabarannya tersilap ambil tempahan, pengedar kekurangan produk, tersalah kuantiti, tersilap cetak, terlebih cetak dan banyak lagi. Semuanya tidak kurang dalam membuat kepala pusing. 
Dalam satu keadaan, pasti diri akan tertanya bagaimana boleh buat kesilapan? 
Well, we are human being, and sometimes we made mistakes. 
Yang best kerja berpasukan ini, adalah ahli pasukan yang membantu, bukan sahaja dari segi tenaga kerja namun juga dari segi nasihat. 
“Kehidupan seorang muslim itu ibarat anggota badan, jika satu anggota badan sakit, satu badan akan terasa sakit”
IMPROVEMENT – satu perkataan yang aku banyak gunakan kebelakangan ini, sebab jauh di dalam hati aku yakin dengan perkataan ini. 
Its okay to make mistakes, but do not do it twice. 
Dan pasukan aku, selain menambahbaik SOP yang sedia ada, segala harga juga telah diubah suai sesuai dengan kesulitannya. Segala objektif telah di kemukan dengan lebih cerah, untuk meningkatkan kualiti yang sudah ada. 
Semuanya, dengan harapan, kami dapat memberi yang terbaik untuk pelanggan.
Kami tidak ingin menjadikan servis kami yang terbaik, tapi kamilah yang terbaik untuk pelanggan, pada ketika itu dan di dalam keadaan itu.  

Only the best will be delivered to you.