Book Review | Puteri Karla karya Julia Esqa



Salam, Alhamdulillah nampaknya sudah 9 hari kita dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah sekali lagi kerana Cahya dapat menghabiskan sebuah buku cerita dalam dua hari ne. Yay! Kunun. hehehe.  Jadi dalam kesempatan ne Cahya nak review lah pasal buku ne. Buku kali ne bertajuk Puteri Karla hasil karya Julia Esqa.

Summary*


Terbitan Fajar Fakeer. Buku ne berkonsepkan fantasi-romantik dengan sub-genre Sword and Socerers, Arthurian and Romanian seperti yang penulis sebutkan dalam ruangan biodata pengarang. Hehe. Men copy jer. First expression on early chapter, ingatkan latar belakang tempat cerita d Kesultanan Melayu, namun sebenarnya dalam bukan. Dalam bayangan Cahya seperti dunia klasik sezaman dengan latar belakang cerita Fantaghiro . Ish, siok tuh cerita Fantaghiro! Sangat Cahya suka! Huhu. Tak pernah miss owh.


Watak2 pun diperkenalkan dengan nama pendek yakni nama yang biasa dipanggil dan tidak nama penuh. Senang ingat nama tapi mempunyai kelemahan, seolah2 pembaca tidak didedahkan dengan lebih mendalam perihal peribadi watak. Namun begitu, penghayatan masih baik. Plot yang menarik, namun gaya persembahan kurang enak sebab apabila membacanya masih ada terasa ‘ruang-ruang kosong’. Maknanya setiap perkataan masih belum terisi. Gambaran yang diberikan juga belum cukup untuk dibayangkan. Hanya sipi2 nya sahaja.

Plot dia memang best, jalan cerita secara kronologi dan juga imbas semula. Cuma pengarang banyak menggunakan perkataan “ada benarnya”. Jemu hamba melihatnya. hehe, jangan marah ye tuan pengarang. (Kot2 le di terbaca, hik2). 

Perasaan cinta membuai2 tidak kurang juga hasad dengki dan pertelingkahan turun temurun. Banyak rahsia yang perlu diteroka. Pengalaman indah dan pahit silih berganti. Hati yang menggunung harapannya dalam sekelip mata boleh pecah jadi serpihan. Memang terkena di hati segala maksud yang tersirat dan tersurat. Syabas kepada pengarang sebab dapat menghasilkan karya fantasi pertama yet hebat beliau.

Watak2 yang menarik seperti kisah2 fantasi yang lain, punya puteri dan putera yang akan berkahwin, saudara mara yang menyimpan hasad dengki, tidak kurang terdapat saudara yang bersimpati dan rakyat jelata lain yang turut menjalankan peranan mereka. Yang paling Cahya suka adalah watak Puteri Mandisa yang dikurung di menara akibat difitnah. dan juga watak Putera Edwin. Cahya agak kurang senang dengan pengakhiran cerita ini yang menghampiri kepada keadaan tidak bahagia. Namun memang benarlah mana yang hilang pasti akan berganti. Huhuhu. 

“Harapannya agar putera Edwin menyelamatkan dirinya akhirnya berkecai. Bunyi kemeriahan majlis membuatkan hatinya bertambah sakit. Suaranya kini sudah tiada untuk menjerit sepertimana minggu-minggu pertama dia dikurung. Puteri Mandisah kini hanya berserah kepada takdir. Tiada lagi jeritan merayu meminta ayahandanya melepaskan dirinya.”


Antara sedutan2 dalam buku Puteri Karla. Syabas kepada pengarang kerana dapat menghasilkan buku yang hebat ne. Berdebar-debar dada beta membacanya.